Kerajaan Kenal Pasti Lebih Banyak Kedai Harga Patut

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan Tengku Mansor.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengenal pasti lebih banyak premis perniagaan di sekitar ibu negara yang menjual barang keperluan pada harga berpatutan untuk diiktiraf sebagai Kedai Harga Patut bagi membantu rakyat membuat pilihan semasa berbelanja.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu yang akan dilaksanakan secara berterusan akan membolehkan rakyat berjimat semasa berbelanja sekali gus menangani kos sara hidup.

"Tugas kita adalah untuk meningkatkan kesedaran rakyat dan membantu mereka mengenal pasti kedai yang menawarkan harga berpatutan dan menggalakkan mereka berbelanja di situ," katanya kepada pemberita selepas melawat beberapa premis perniagaan makanan di Jalan Medan Tuanku, di sini, Khamis.

Beliau berkata, pemantauan akan dilakukan setiap hari ke premis-premis perniagaan runcit dan makanan sekitar ibu negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, penilaian dilakukan berdasarkan dua kriteria utama iaitu mempamerkan tanda harga yang jelas dan menetapkan harga yang munasabah dan bertepatan dengan kualiti barang dan perkhidmatan yang ditawarkan.

"Selain itu premis perniagaan tersebut akan dinilai oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) bagi menentukan tahap kebersihan sebelum melayakkan mereka menerima pengiktirafan (Kedai Harga Patut) itu," katanya.

Tengku Adnan berkata, kementeriannya kini dalam perancangan untuk memperkenalkan aplikasi telefon pintar yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat seperti lokasi kedai-kedai yang menawarkan harga berpatutan.

Katanya, aplikasi itu yang sedang dibangunkan juga akan membolehkan orang ramai berinteraksi sesama mereka dan berkongsi maklumat mengenai tempat-tempat yang sesuai untuk berbelanja.

"Konsep ini telah dilaksanakan di Taiwan dan jika kita tengok di sana harga barang tidak naik kerana pengguna berinteraksi sesama mereka mengenai kedai dan lokasi yang menawarkan harga berpatutan sekali gus memberi tekanan kepada peniaga," katanya.

Pada lawatan itu, sebanyak enam premis perniagaan makanan yang menawarkan harga berpatutan menerima papan tanda Kedai Harga Patut dan ada antara mereka tidak menaikkan harga sejak empat tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan