Esscom Hargai Peranan Media Sebar Isu Keselamatan

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menghargai peranan yang dimainkan pengamal media dalam menyebar luas aktivitinya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), terutama dalam aspek keselamatan.

Pengarah Bahagian Awam dan Khidmat Pengurusan ESSCOM Abdul Rahim Ishak berkata media telah menjalankan peranan yang agresif dan meluas khususnya bagi menangkis khabar angin dan laporan yang boleh menimbulkan suasana panik selain memperjelaskan keadaan sebenar keselamatan di ESSZONE.

"Hanya dengan sebatang mata pena mampu memberi impak yang besar sehingga boleh menggegarkan seluruh negara malahan seluruh pelusuk dunia...begitu besar peranan yang dimainkan para wartawan sekalian.

"Tidak terkecuali, peranan besar jurugambar yang merakamkan foto-foto terhebat untuk tatapan semua termasuk semasa pencerobohan pengganas tahun lepas," katanya dalam ucapan alu-aluan mewakili Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek sempena majlis makan malam ESSCOM bersama media di sini malam Rabu.

Beliau berkata penganjuran sesi santai itu merupakan simbolik sanjungan tinggi dan penghargaan kepada pengamal media yang telah memberi kerjasama mantap dalam membuat liputan berita mengenai ESSCOM termasuk peranan dan program yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di ESSZONE. Abdul Rahim berkata tanpa penglibatan dan komitmen pihak media mungkin berita mengenai ESSCOM atau isu keselamatan di kawasan pantai timur Sabah tidak kesampaian ke khalayak umum sama ada di peringkat negeri atau nasional.

"Sebagai sebuah entiti baharu di bawah Jabatan Perdana Menteri dan berdepan pula dengan pelbagai cabaran terutama dalam aspek keselamatan, ESSCOM memerlukan saluran yang mampu dan sampai kepada pengetahuan populasi masyarakat secara komprehensif dan menyeluruh di negara kita.

"Dengan kata lain, menyalurkan berita yang tepat, sahih dan cepat. Menyedari hakikat ini, saluran medialah yang mampu merealisasikan hasrat murni ini," katanya.

Abdul Rahim berkata banyak program yang akan dan telah dilaksanakan ESSCOM sejak hampir setahun yang lepas, termasuk program bancian di bawah program penempatan semula perkampungan air di ESSZONE, dengan tumpuan peringkat awal di tiga daerah iaitu Semporna, Sandakan dan Lahad Datu.

Kawasan ESSZONE merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Merudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

ESSCOM ditubuhkan bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini susulan pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di Kampung Tanduo pada Februari tahun lepas. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan