Awang Tengah Wakili Taib Ke Majlis Pelita

Diterbitkan: Khamis, 6 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Usaha sekumpulan wartawan untuk mendapatkan pengesahan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengenai spekulasi pelepasan jawatannya gagal apabila beliau tidak hadir pada sebuah majlis jamuan malam di Riverside Majestic Hotel di sini malam Rabu.

Sebaliknya, Abdul Taib yang menjadi tetamu kehormat majlis 'Malam Puspawarna' anjuran Lembaga Lindungan dan Pembangunan Tanah Sarawak (Pelita)menghantar wakilnya, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Kumpulan wartawan media cetak dan elektronik tiba untuk majlis pukul 7.30 malam itu untuk mendapatkan pengesahan mengenai spekulasi yang tersebar luas hari ini bahawa Abdul Taib akan melepaskan jawatan yang dipegang selama 33 tahun itu pada akhir bulan ini.

Awang Tengah ketika membaca teks ucapan Abdul Taib memaklumkan kepada tetamu bahawa Ketua Menteri itu tidak dapat hadiri kerana komitmen lain.

Namun, ramai yang mempercayai ketidakhadiran Abdul Taib ada hubung kaitnya dengan spekulasi pelepasan jawatannya.

Awang Tengah, yang ditemui selepas majlis tersebut, enggan membuat sebarang komen, sebaliknya meminta wartawan menulis mengenai teks ucapan Ketua Menteri yang dibacanya.

Sementara itu, timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Roland Sagah Wee In memberitahu Bernama bahawa beliau dimaklumkan mengenai mesyuarat Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) pada Sabtu dan Ahad ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengetahui agenda mesyuarat itu. Mengikut laporan media, Abdul Taib, 78, dijangka memaklumkan keputusan melepaskan jawatanya dan bersara dari arena politik dalam mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi PBB, Sabtu ini.

Laporan itu turut menyebut Abdul Taib akan mengadakan mesyuarat khas bersama semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Sarawak pada hari berikutnya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan