Wanita Digalak Jadi Pemandu Bas - Azizah Dun

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azizah Mohd Dun.
Azizah Mohd Dun.

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggalakkan golongan wanita untuk menceburi kerjaya sebagai pemandu bas dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga.

Timbalan Menteri,Datuk Azizah Mohd Dun berkata, kerjaya itu dalam kalangan wanita bukanlah sesuatu yang asing dan ia merupakan senario biasa di negara-negara seperti China, Australia, Singapura, India dan Iran.

"Negara-negara ini merupakan negara membangun yang mengiktiraf peranan wanita sebagai pemandu," katanya ketika berucap melancarkan Seminar Kerjaya Pemandu Wanita Bersama Rapid KL di sini, Rabu.

Menurutnya, kajian juga menunjukkan hormon estrogen wanita membantu mereka mempunyai daya fokus lebih baik berbanding lelaki dan bilangan pemandu wanita yang melanggar undang-undang lebih rendah daripada mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid) Datuk Ir Zohari Sulaiman berkata penglibatan wanita dalam kerjaya itu masih rendah di mana daripada 3,000 pemandu di syarikat itu, hanya 60 daripada mereka adalah wanita.

"Justeru, kita menggalakkan lebih ramai menceburi bidang ini kerana pada masa ini, kami memerlukan 500 pemandu baharu untuk kawasan Lembah Klang,"katanya.

Menurutnya, purata gaji bulanan pemandu Rapid ialah RM3,000.

Zohari berkata, soal jantina tidak menjadi isu dalam pengambilan pemandu bas Rapid dan syarikat itu juga tidak megehadkan bilangan pemandu wanita.

Menurutnya, Rapid juga dalam perancangan untuk membuka peluang pekerjaan sambilan sebagai pemandu bas.

Sementara itu, peserta seminar Shiella Tukimin, 41, berkata peluang itu memanfaatkan golongan ibu tunggal seperti beliau.

"Ini cara untuk saya menambah pendapatan keluarga selain bekerja sebagai pemandu teksi dan soal takut bukan menjadi halangan kerana saya sudah biasa membawa kenderaan besar seperti lori," katanya yang juga Pengerusi Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Nur Iman.

Beliau berkata, kerjaya sebagai pemandu bas memberi pendapatan tetap dan tinggi berbanding pendapatan sebagai pemandu teksi dan hasratnya menjadi pemandu bas turut disokong anak-anaknya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan