Tiada Lagi Tanda Harga Pada Papan Pamer - KPDNKK

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohd Roslan Mahayuddin.
Mohd Roslan Mahayuddin.

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) akan memastikan tanda harga bagi semua barang kawalan dan bukan kawalan dipamer dengan jelas dan tepat dan bukan lagi melalui papan pamer yang diguna pakai ketika ini.

Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayuddin berkata, langkah tegas itu diambil berikutan ramai peniaga tidak mematuhi tanda harga yang dipamerkan pada papan pamer.

Katanya, peraturan baharu itu akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat bagi semua jenis premis meliputi restoran, kedai, outlet, pasar, pasar raya dan pemborong termasuk yang menjual barangan bernilai tinggi.

"Kita menyahut saranan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan melancarkan semula program (pelabelan dan tanda harga) itu demi kepentingan pengguna. Semua jenis barangan perlu dipamerkan tanda harga dengan jelas dan boleh dilihat.

"Selama ini kita boleh terima tanda harga di 'display board' (papan pamer), tetapi didapati ia boleh disalah guna dan harga itu tak tepat. Jadi dalam keadaan sekarang tanda harga itu perlu diletakkan pada setiap barangan," katanya dalam sidang media di sini Rabu.

Mohd Roslan berkata, sejak 2000 hingga 2013, bahagian penguatkuasa KPDNKK mengambil tindakan terhadap 54,503 peniaga yang gagal mempamerkan tanda harga dengan rampasan barangan bernilai RM69 juta.

"Ini menunjukkan bahawa kami (KPDNKK) begitu serius dalam penguatkuasaan peletakan tanda harga yang memudahkan pengguna untuk membuat perbandingan harga sebelum membuat keputusan membeli," katanya.

Menurutnya di bawah Ops Harga 2014 (bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga merah jambu) dari 1 Januari hingga 4 Februari lalu, sebanyak 137,504 premis telah diperiksa dengan rampasan barangan bernilai RM200,390 selain kompaun RM87,100.

"Pada 4 Februari sahaja, kita memeriksa sebanyak 5,541 premis dan merampas barangan bernilai RM3,235 selain mengenakan kompaun RM2,300 bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga merah jambu," katanya.

Tanda harga berwarna merah jambu adalah khusus untuk barang kawalan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan