Surat Palsu Konon Keluar PKR Mahu Tunjuk Perpecahan Dalam Parti - Kesavan

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

S. Kesavan.
S. Kesavan.

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang, S. Kesavan mendakwa bahawa surat yang menyatakan beliau kononnya keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dipercayai disebarkan bagi mencemarkan imej parti.

Kesavan berkata, surat yang diserahkan kepada pejabat Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak pada Selasa itu, dengan sengaja bertujuan untuk menunjukkan perpecahan dan perselisihan di kalangan anggota parti.

"Saya fikir surat itu juga bermaksud mahu mencemarkan imej Pakatan Rakyat kerana kita sedang memperkuatkan jentera untuk pilihan raya kecil (PRK) Kajang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Ipoh di sini, Rabu.

"Saya berharap polis akan melancarkan siasatan serta-merta terhadap perkara ini kerana ia adalah serius. Saya juga berharap supaya pejabat Speaker DUN turut membuat laporan polis mengenainya," katanya.

Kesavan berkata, beliau berada di rumah apabila menerima beberapa panggilan daripada media berhubung perkara itu.

"Saya terkejut apabila melihat surat itu, yang tertera nama dan nombor kad pengenalan saya, yang disebarkan di media sosial.

"Saya dihubungi oleh Speaker DUN Negeri, Datuk Seri S. K. Devamany mengenai saya keluar dari parti," katanya.

"Saya boleh mengesahkan bahawa surat itu adalah palsu kerana tandatangan tersebut bukan saya punya. Tak ada sama sedikit pun dengan tandatangan saya," tambahnya.

Surat keluar parti yang palsu itu berserta nama dan tandatangan Kesavan didakwa disebarkan sejurus selepas diterima oleh pejabat Speaker DUN Negeri pada Selasa.

Surat yang bertarikh 2 Januari itu mendakwa Kesavan keluar dari PKR kerana hilang keyakinan dan tidak berpuas hati dengan kepimpunan parti.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan