Speaker DUN Perak Bidas Pihak Hantar Surat Palsu Adun Keluar Parti

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Seri S. K. Devamany (kanan) menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan (kiri) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung penerimaan surat palsu yang mendakwa S Kesavan mengisytihar keluar dari parti PKR di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, Rabu. -fotoBERNAMA
Yang Dipertua Dewan Negeri Perak, Datuk Seri S. K. Devamany (kanan) menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan (kiri) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung penerimaan surat palsu yang mendakwa S Kesavan mengisytihar keluar dari parti PKR di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, Rabu. -fotoBERNAMA

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Seri S.K. Devamany pada Rabu membidas tindakan pihak yang cuba mencetuskan situasi 'huru-hara' dengan menghantar surat palsu ke pejabatnya kononnya daripada seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun).

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai mencabar kemuliaan Dewan Undangan Negeri dan sistem demokrasi yang selama ini didukung rakyat.

"Tindakan itu mencabar kemuliaan Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya tidak boleh dipermainkan. Badan Eksekutif, Kehakiman dan Dewan Undangan Negeri merupakan tiga elemen kerajaan yang penting, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas mencabar sistem demokrasi yang kita dukung," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Pada Selasa, Adun Hutan Melintang dari PKR S.Kesavan menafikan beliau keluar parti itu seperti yang didakwa melalui sepucuk surat yang dialamatkan kepada Speaker DUN Perak.

Menurut surat yang kononnya ditandatangani Kesavan, tindakan itu dilakukan selepas hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti berkenaan.

Oleh yang demikian, Devamany berkata beliau telah mengarahkan pembantu tadbir dan beberapa pegawainya membuat laporan polis hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.

"Saya berharap insiden seperti ini tidak menimbulkan spekulasi negatif memandangkan kerjasama antara anggota DUN Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang ketika ini amat baik dalam usaha memajukan Perak," katanya.

Sementara itu, Kesavan turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pagi Rabu.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, katanya beliau mengambil serius perkara itu kerana ia melibatkan integritinya, parti serta DUN Perak walaupun tidak mengesyaki mana-mana pihak.

"Surat itu adalah satu fitnah terhadap saya, saya mahu pihak polis mengadakan siasatan lanjut terhadap pihak yang terlibat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan