Program Azam Kerja 1Malaysia Bantu Golongan Miskin Bandar Bermula April

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Program Baucar Kerja Azam Kerja 1Malaysia, program perintis Kementerian Sumber Manusia bagi membantu golongan miskin bandar yang telah berdaftar dengan E-kasih, akan bermula April depan.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem berkata program itu akan dijalankan selama setahun dan hanya akan melibatkan seramai 100 orang peserta yang dikenal pasti sebagai golongan miskin bandar dari ibu empat negeri selain ibu negara, Kuala Lumpur.

"Empat negeri yang terbabit dalam program perintis ini ialah Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor.

"Peserta progam ini harus berdaftar dengan E-kasih dan mempunyai pekerjaan," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Katanya, sistem E-kasih adalah usaha kerajaan dalam membasmi kemiskinan di seluruh negara.

Jabatan Perdana Menteri (JPM), mempunyai senarai nama dan butiran lengkap setiap peserta E-kasih dalam memastikan mereka merupakan golongan miskin yang sahih berdasarkan data lengkap pendapatan isi rumah mereka.

Riot berkata peserta yang layak dalam program berkenaan akan menerima bantuan elaun sebanyak RM35 sehari untuk tempoh setahun sahaja dan mereka harus bekerja sekurang-kurangnya 142 hari dalam tempoh setahun.

"Antara peserta E-kasih ini ialah golongan bekas banduan, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan gelandangan yang bekerja dengan syarikat terpilih," katanya.

Kementerian mendapat kerjasama dari beberapa syarikat dalam menjayakan program itu, antaranya ialah QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd yang akan menawarkan peserta untuk bekerja di KFC, Pizza Hut dan Rasamas, katanya.

Riot berkata program itu dapat mengurangkan beban golongan miskin bandar yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan golongan yang memerlukan wang tambahan bagi menampung kos sara hidup harian mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan