PRK Kajang: Abdul Khalid Ketuai Jentera PKR - Berita Semasa | mStar

PRK Kajang: Abdul Khalid Ketuai Jentera PKR

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, lantikan Abdul Khalid dibuat bagi melancarkan gerak kerja jentera parti itu.

Selain itu PKR turut mengumumkan Ketua Wanita Keadilan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dilantik sebagai timbalan Abdul Khalid.

"Sementara Borhan Aman Shah yang merupakan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya Selangor dilantik sebagai Pengarah Operasi Pilihanraya.

"Insya-Allah dengan ini jentera pilihanraya PKR akan dapat bergerak dengan berkesan demi membawa kemenangan kepada parti," katanya pada Selasa.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas Adun kawasan itu, Lee Chin Cheh dari PKR (PKR) meletak jawatan secara tiba-tiba pada 27 Januari lepas.

Pakatan pembangkang menamakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan