PKNS Tamat Perkhidmatan 20 Pegawai Serta-Merta

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Lebih 20 pegawai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dikeluarkan notis penamatan perkhidmatan, hanya beberapa minggu selepas kontroversi pengguguran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah.

Difahamkan kesemua kakitangan berkenaan, termasuk ketua-ketua jabatan dan pengurus kanan, diberi arahan pemecatan tanpa sebab.

Kesemua mereka ditawarkan gaji dua bulan sebagai pampasan.

Seorang pegawai kanan, yang merupakan antara yang dipecat, berkata pampasan gaji dua bulan adalah tidak adil.

"Bagaimana saya mahu menyara keluarga saya?

"Selepas saya berkhidmat lebih 20 tahun di syarikat ini, amat tidak adil bagi mereka untuk melakukan perkara ini," dakwanya pada Selasa.

Sumber berkata, surat penamatan itu hanya ditandatangani hanya oleh ketua pegawai kewangan PKNS, bukannya pengurus besar atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Seorang lagi pegawai kanan dari PKNS Holdings, yang juga ditamatkan perkhidmatannya, menyifatkan tindakan terbaru itu sebagai "perbuatan yang tidak wajar" oleh Menteri Besar dan kerajaan Selangor pimpinan pembangkang.

Pegawai itu berkata, dia menerima surat penamatan itu selepas mesyuarat pagi Selasa dan diminta untuk meninggalkan PKNS.

"Mereka (PKNS) menyerahkan surat penamatan perkhidmatan tanpa mengambil kira kehidupan pegawai mereka sekeluarga," dakwanya, sambil menambah bahawa Pengurus Besar PKNS Holdings juga telah meletakkan jawatan sebagai protes terhadap penamatan perkhidmatan secara besar-besaran itu.

Pada 8 Disember lau, Azmin menerima surat daripada PKNS memaklumkan bahawa dia telah digugurkan daripada lembaga pengarah PKNS itu.

Tindakan itu mencetuskan spekulasi yang memburukkan lagi konflik antara beliau dan Khalid, yang kemudiannya membawa kepada pertukaran Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif PKNS, Norita Mohd Sidek ke pejabat setiausaha kerajaan negeri pada 20 Januari lalu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan