Pembukaan KLIA2 Dijangka Ditangguh Lagi, Gagal Dapat Kelayakan

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tidak sedia untuk kegunaan awam: Pemeriksaan di tapak projek KLIA2 mendapati bangunan terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.
Tidak sedia untuk kegunaan awam: Pemeriksaan di tapak projek KLIA2 mendapati bangunan terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.

PETALING JAYA: Pembukaan KLIA2 yang dijangka pada 2 Mei tahun ini mungkin terpaksa ditangguh lagi.

Hal ini kerana, kira-kira dua pertiga daripada bangunan terminal utama lapangan terbangan itu masih belum menerima kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan kerana ia didapati tidak bersedia untuk kegunaan awam.

Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan terhadap bangunan itu pada minggu terakhir Januari lalu dan mendapati 65% daripada terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.

Terdapat keretakan dalam paip pembetungan di luar terminal, dan bahagian-bahagian jalan dan perparitan tidak sesuai untuk digunakan.

Perakuan mereka penting bagi pengeluaran Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

Malaysia Airports Holdings Bhd dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa ia gagal untuk menerima CCC bagi bangunan terminal KLIA2 daripada UEMC - Bina Puri.

Walaupun terdapat jaminan daripada kontraktor utama, UEMC - Bina Puri Joint Venture, bahawa ia akan menyerahkan bangunan terminal atau menyerahkan CCC kepada pengendali lapangan terbang itu pada 31 Januari.

Keadaan yang berlaku memberi isyarat mengakibat pembukaan terminal udara tambang rendah terbesar di Asia yang dijadualkan dibuka pada 2 Mei ditangguh lagi selepas kelewatan hampir setahun.

MAHB berkata, ia akan terus terlibat dengan UEMC - Bina Puri bagi tindakan seterusnya berhubung dengan pengeluaran CCC dan Kesediaan Operasi dan Pindahan Lapangan Terbang (ORAT).

MAHB berkata: "Usaha sedang diambil untuk memberi bantuan kepada UEMC - Bina Puri JV untuk menyiapkan bangunan terminal itu bagi bagi membolehkan KLIA2 dibuka pada 2 Mei 2014."

Dalam satu kenyataan berasingan, UEM-Bina Puri mengesahkan ia tidak boleh mendapatkan CCC pada 31 Januari dan mendakwa bahawa ini disebabkan oleh "isu yang tidak dijangka" berlaku baru-baru ini semasa pemeriksaan susulan.

"Syarikat bersama dengan JV telah membincangkan dan bekerjasama dengan MAHB , pihak berkuasa, perunding dan arkitek untuk memperbaiki perkara itu dan kerja-kerja pembaikan akan bermula serta-merta. Keselamatan awam adalah keutamaan utama , dengan itu, kami akan memastikan kerja-kerja pembetulan dijalankan dengan teliti.

"Pada masa yang sama, UEMC-Bina Puri JV akan bekerjasama dengan MAHB pada tindakan seterusnya berhubung dengan pengeluaran CCC dan permulaan ORAT," katanya.

Kerja-kerja pembaikan akan mengambil kira-kira tiga hingga empat minggu untuk melengkapkannya dan walaupun kontraktor dijadualkan akan melalui satu lagi ujian yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam masa dua minggu lagi, namun sebarang kelewatan dalam mendapatkan sah kelayakan untuk bangunan beroperasi akan memberi kesan kepada pembukaan lapangan terbang.

"Begitu banyak janji dan jaminan yang diberikan oleh kontraktor, namun gagal untuk mendapatkan CCC. Kini terdapat kebimbangan adakah mereka boleh mendapatkan CCC pada akhir Februari," kata sumber dalam industri.

Pasukan petugas KLIA2 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang ditemui pada Selasa untuk memperjelaskan mengenai sebab-sebab mengapa CCC tidak diperolehi. Dan tidak diketahui sekiranya kontraktor akan dikenakan penalti kerana gagal mendapatkan CCC.

Pada 13 Januari lalu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melawat lapangan terbang itu dan berkata KLIA2 akan siap pada 2 Mei ini.

"Projek itu kini siap 98% dan semua pihak bekerja keras selama 24 jam seminggu untuk memenuhi tarikh akhir (untuk pembukaan), " kata Hishammuddin pada sidang media di tapak projek KLIA2.

Beliau berkata, projek itu dijangka menerima CCC - yang diberikan oleh arkitek, jurutera dan pelukis pelan bangunan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia menjelang akhir bulan itu.

KLIA2 terlepas beberapa tarikh akhir untuk pembukaan dengan yang terakhir sepatutnya dijadualkan pada 30 April ini sebelum ditunda kepada 2 Mei.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan