Pecat 20 Pegawai Satu Langkah Perkhidmatan Cekap - PKNS

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam satu kenyataan menyifatkan pemecatan seramai 20 kakitangan anak syarikatnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holding Sdn. Bhd. (PHSB) merupakan langkah perkhidmatan cekap 'value for money'.

Menurut kenyataan itu, keputusan menamatkan kontrak dibuat dalam satu operasi penyusunan semula organisasi sumber manusia bagi mengelak pertindihan tugas.

"Perkhidmatan 20 anggota berkenaan di PKNS telah dibuat berperingkat secara kontrak seawal 2010 bertujuan mengisi jawatan dan memperkukuhkan beberapa bahagian baharu di PKNS antaranya pemasaran, strategi dan media, pelaburan serta pengurusan organisasi dan integriti.

"Walaubagaimanapun setelah mengkaji keputusan tersebut, PKNS berpandangan tiada keperluan untuk meneruskan khidmat 20 pegawai tersebut memandangkan kepakaran dan pengalaman yang sama sudahpun sedia ada di kalangan pegawai tetap PKNS," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, sehubungan itu, PHSB telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan mereka menurut terma yang terdapat dalam kontrak masing-masing.

PHSB pada Selasa memecat 20 kakitangannya, tanpa sebarang sebab munasabah, dengan notis 24 jam berkuat kuasa Isnin.

Kesemua kakitangan PHSB, yang juga anak syarikat PKNS, menerima surat pemecatan itu dalam satu pertemuan dengan pihak pengurusan pagi tadi selepas hadir bekerja seperti biasa.

Surat itu ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan