Lebih Separuh Hutan Di Kedah Sesuai Aktiviti Pembalakan

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar fail menunjukkan hutan di Empangan Pedu di mana didakwa aktiviti pembalakan dijalankan.
Gambar fail menunjukkan hutan di Empangan Pedu di mana didakwa aktiviti pembalakan dijalankan.

ALOR SETAR: Lebih separuh daripada 300,000 hektar hutan di Kedah sesuai untuk aktiviti pembalakan, kata Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Ku Azmi Ku Azman.

Beliau berkata, 180,000 hektar boleh diwartakan sebagai hutan pengeluaran dan dibenarkan untuk pembalakang manakala bakinya akan diwartakan sebagai hutan simpan.

Kawasan itu berkeluasan hampir enam kali ganda saiz Pulau Pinang di mana 80% adalah hutan sekunder.

Ku Azmi berkata, beberapa kawasan itu telah pun dijalankan aktiviti pembalakan antara 30 dan 35 tahun lalu.

Beliau berkata, saiz mungkin kelihatan besar tetapi konsesi hanya akan mengamalkan pembalakan terancang dan penanaman semula di kawasan itu.

Beliau menambah, saiz itu hanya sebagai anggaran kerana kerajaan negeri perlu menyediakan maklum balas mengenai perkara itu.

"Satu kawasan yang dibalak tidak boleh disentuh untuk selama antara 30 dan 35 tahun bagi membolehkan pokok-pokok yang ditanam semula untuk pertumbuhan.

"Tunjuk perasaan di beberapa kawasan pembalakan pada era Pakatan Rakyat adalah kerana tiada petunjuk yang jelas mengenai status tanah yang telah dibalak.

"Oleh kerana Barisan Nasional mengambil alih pentadbiran negeri ini pada tahun lepas, tidak ada lesen balak baru ikeluarkan kecuali bagi mereka yang sudah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini," kata beliau sambil menambah bahawa jabatan itu telah menyiapkan satu kajian terperinci mengenai perkara itu termasuk satu garis panduan baru berhubung pembalakan di negeri ini dan akan mengemukakan laporan itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu.

Mengenai dakwaan aktiviti pembalakan berleluasa berhampiran kawasan tadahan air Pedu, Ku Azmi berkata, tender pembalakan telah diluluskan ketika pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim dan Ahli Dewan Undangan (Adun) Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

Badrol Hisham berkata, jabatan itu akan mengadakan satu taklimat khas kepada penduduk di Pedu dan Kuala Nerang mengenai aktiviti pembalakan yang dijalankan di di kawasan itu.

Beliau berkata, taklimat itu bagi memperjelaskan sebarang salah faham mengenai aktiviti pembalakan yang telah disuarakan oleh beberapa blog pembangkang .

Beliau menambah, konsesi mempunyai permit yang diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan