Klip Video: Teresa Kok Buat Laporan Polis Dakwa Terima Ugutan Bunuh

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Teresa Kok
Teresa Kok

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok telah membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh mengenai klip video yang telah disiarkan di YouTube.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa mengesahkan polis telah menerima laporan itu.

"Kami sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya ketika dihubungi, Rabu.

Difahamkan Teresa membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee di sini, Rabu.

Teresa, yang juga naib pengerusi DAP didakwa telah memuat naik klip video bertajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014' pada 27 Januari di saluran YouTube DAP Seputeh.

Dalam klip video berbahasa Mandarin tetapi disertai sari kata bahasa Inggeris itu, teresa bertindak sebagai hos program bual bicara membincangkan "feng shui" pelbagai isu dengan tiga tetamu.

'Tiga ahli panel' seolah-olah mempersendakan pelbagai isu seperti sistem pendidikan di Malaysia dan pencerobohan di Sabah tahun lepas.

Satu kenyataan yang dibuat oleh salah seorang daripada 'tetamu' terhadap pencerobohan yang mengorbankan nyawa 10 anggota keselamatan telah menimbulkan kemarahan ramai.

Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap klip video Teresa kerana didakwa menghina kerajaan.

Teresa bagaimanapun telah menafikan dakwaan itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan