Ketepikan Perbezaan Supaya Malaysia Terus Maju - PM

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (lima dari kanan) bersama para penerima Anugerah Merdeka 2013 selepas menyampaikan anugerah tersebut di Dewan Filharmonik Petronas di Kuala Lumpur, malam Rabu. Turut hadir Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah (empat dari kanan) yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Anugerah Merdeka, Datuk Shamsul Azahar Abbas (tiga dari kanan). Antara pemenang yang memenangi anugerah malam ini ialah bagi kategori Pendidikan & Kemasyarakatan, Tan Sri Arshad Ayub (lima dari kiri) dan Raja Tan Sri Muhammad Alias Raja Muhammad Ali (empat dari kiri), manakala bagi kategori Persekitaran, Dr Lim Boo Liat (tiga dari kiri) dan Kategori Kesihatan, Sains & Teknologi Tan Sri Dr Yahya Awang (dua dari kiri) dan kategori Pencapaian Ilmiah Terunggul Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit (kiri).
 -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama membuat komitmen demi pembangunan negara secara berterusan dengan mengetepikan perbezaan dan sebaliknya melihat kepada apa yang dikongsikan mereka.

Perdana menteri meminta seluruh rakyat untuk bekerjasama dengan saling menghormati dan bertanggungjawab dan memberi tumpuan kepada matlamat yang sama.

"Apabila kita melihat melangkaui status negara maju, kita perlu memberi tumpuan tenaga kita bagi membina sumber bakat yang lestari, bagi mereka yang akan membawa ke hadapan momentum yang bermula lima dekad yang lalu di Dataran Merdeka," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapan beliau yang bertemakan 'Sumbangan Kepada Negara' pada majlis penyampaian Anugerah Merdeka 2013 kepada lima penerima di sini.

Tan Sri Arsyad Ayub dan Raja Tan Sri Muhammad Alias merupakan penerima bersama di bawah kategori Pendidikan dan Komuniti, Dr Lim Boo Liat (Alam Sekitar), Tan Sri Dr Yahya Awang (Sains dan Teknologi) dan Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit (Pencapaian Cemerlang Akademik).

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan