Kes Rogol Bawah Umur Di Sabah: Kerajaan Akan Bantu Mangsa

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Bantuan bakal diberikan kepada seorang gadis mangsa rogol berusia 13 tahun apabila Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah mengesahkan akan melakukan segala yang boleh untuk membantunya kembali ke sekolah.

Menterinya Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, gadis itu yang merupakan mangsa dalam kes rogol yang membabitkan pengurus restoran, Riduan Masmud dan keluarganya juga akan diberikan kaunseling oleh pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan negeri.

"Kami akan menilai keadaan ekonomi keluarganya dan jika perlu, menyediakan bantuan dengan meletakkan mereka di bawah program 1Azam," katanya, sambil menambah bapa gadis itu bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Program 1Azam termasuklah menempatkan pekerjaan (Azam Kerja), mewujudkan perusahaan perniagaan kecil (Azam Niaga), mewujudkan pembekal perkhidmatan kecil (Azam Khidmat) dan mewujudkan peluang-peluang dalam bidang pertanian (Azam Tani).

Beliau berkata pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan juga menghubungi isteri Riduan, menyedari bahawa pengurus restoran yang disabitkan kesalahan merupakan pencari nafkah tunggal keluarganya.

Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun terhadap Riduan dan memerintahkan supaya dia diberi dua sebatan selepas didapati bersalah merogol gadis bawah umur.

Riduan didapati bersalah merogol gadis berusia 13 tahun berhampiran Air Terjun Kionsom Inanam di sini pada 18 Februari tahun lepas.

Dia kemudiannya berkahwin dengan gadis itu sebagai isteri keduanya pada bulan Mei.

"Oleh kerana dia merupakan pencari nafkah tunggal dalam keluarga, kita akan melihat bagaimana kita boleh membantu isteri dan empat orang anaknya berusia antara dua dan 17 tahun," kata Jainab .

"Kami mendekati mereka mereka supaya mereka tahu mereka tidak harus dipersalahkan kerana tindakan orang lain dan kita akan membantu mereka.

"Sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa mereka tidak hilang segala-galanya, " kata Jainab , sambil menambah kedua-dua keluarga layak menerima bantuan jika pendapatan masing-masing adalah kurang daripada RM1,050 sebulan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan