Isu Etnik Rohingya: Pemuda Umno Hantar Pasukan 'Mencari Fakta' Ke Myanmar

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Biro Antarabangsa Pemuda Umno akan menghantar pasukan 'mencari fakta' ke Arakan, Myanmar bagi mendapatkan gambaran lebih tepat serta terkini berhubung kejadian pembunuhan, penindasan, diskriminasi dan eksploitasi berterusan terhadap kaum etnik Rohingya.

Exco Pemuda Umno yang juga Pengerusi Biro Hal-Ehwal Antarabangsa pergerakan itu Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan berkata krisis di Myanmar itu jelas mencabul hak asasi etnik berkenaan selaras artikel tiga Hak Asasi Manusia iaitu hak untuk hidup bebas dan mendapat jaminan keselamatan sepenuhnya.

"Myanmar yang juga rakan Asean seharusnya menunjukkan sikap toleransi dan adil dalam isu etnik Rohingya di negara mereka," katanya dalam satu kenyataan Rabu.

Menurut beliau, biro itu juga akan mengadakan perjumpaan dengan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia untuk mendesak Majlis Keselamatan PBB supaya campur tangan dengan segera.

Katanya perjumpaan itu bagi menghentikan sebarang bentuk penganiayaan terhadap kaum etnik terbabit dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi perkara berkenaan.

Mohamed Hazali berkata pihaknya juga akan menghantar nota bantahan kepada kedutaan Myanmar di Malaysia sebagai tanda keprihatinan mereka dan kekesalan di atas penindasan kaum Islam Rohingya di Arakan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan