Exco Kedah Guna Proton Perdana Ganti Toyota Camry

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (duduk, tengah) beramah mesra dengan para atlet Kedah pada Majlis penyampaian ganjaran kepada atlet sukan Kedah yang memenangi pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Wisma Darul Aman di Alor Setar, Rabu. -fotoBERNAMA
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (duduk, tengah) beramah mesra dengan para atlet Kedah pada Majlis penyampaian ganjaran kepada atlet sukan Kedah yang memenangi pingat pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Wisma Darul Aman di Alor Setar, Rabu. -fotoBERNAMA

ALOR SETAR: Semua Exco kerajaan negeri Kedah akan menggunakan kereta Proton Perdana 2.4 L sebagai kereta rasmi, menggantikan Toyota Camry yang dibeli semasa pentadbiran PAS.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata 10 buah kereta Proton Perdana itu akan digunakan bermula Mac ini, manakala Toyota Camry yang lama akan dijual kepada bekas Exco terdahulu pada harga berpatutan.

"Kita telah menilai lima jenama kereta untuk menggantikan kereta Toyota Camry ini dan akhirnya kita pilih Proton Perdana sebagai kereta rasmi exco... termurah daripada jenama lain (yang dinilai)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ganjaran kepada atlet Kedah yang memenangi pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 2013 di Kuala Lumpur.

Mengenai penjualan Toyota Camry kepada bekas Exco (semasa Kedah ditadbir oleh PAS), beliau berkata ia adalah amalan biasa yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Saya pula masih menggunakan kereta yang telah dibeli semasa zaman pentadbiran Ustaz Azizan (bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak) iaitu kereta jenis Mercedes Benz S Class kerana kereta ini masih lagi dalam keadaan elok," katanya.

Mukhriz berkata, selain lebih murah berbanding kereta jenama lain, kerajaan negeri juga bernasib baik kerana mendapat kereta Proton Perdana berkenaan dalam tempoh singkat.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri telah mengarahkan syarikat konsesi yang melakukan aktiviti pembalakan sehingga menyebabkan pencemaran supaya menukar blok pembalakan.

Beliau berkata terdapat rungutan daripada penduduk terutama di Sik yang menghadapi masalah pencemaran sungai akibat pembalakan, justeru blok pembalakan perlu ditukar bagi mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku.

Katanya selain masalah pencemaran sungai, tiada aduan lain diterima daripada aktiviti pembalakan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan