Anwar Perlu Jelaskan Konsep Konsensus Nasional - Nik Abduh

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar menjelaskan format dan konsep sebenar Konsensus Nasional kepada rakyat sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang berlangsung.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ia bagi memberikan gambaran sebenar mengenai persepsi tersebut dan mengelakkan pelbagai tafsiran yang boleh disalah erti.

"Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR), para pendokong serta penyokong wajar memahami dan meneliti apakah sebenarnya maksud sebenar Konsensus Nasional.

"Saya percaya jika ia dilontarkan lebih awal untuk mendapat pandangan awam, maka perkara ini dapat dimatangkan dengan lebih baik lagi," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Rabu.

Ahli Parlimen Pasir Mas ini berkata demikian apabila beberapa langkah strategi politik dan idea-idea besar oleh PR dilihat agak pelik dan kurang disenangi rakyat.

Katanya, kes seperti di Kajang dan Konsensus Nasional memerlukan kesepakatan dan dibincangkan secara telus di peringkat PR.

"Samada ia Permuafakatan Kebangsaan, Muzakarah Politik, Dialog Nasional mahupun Kerajaan Campuran atau Perpaduan, ia harus dihuraikan secara eksplisit.

"Jika benar ia adalah agenda besar daripada Pakatan Rakyat, maka Datuk Seri Anwar perlu menghuraikannya dengan lebih jelas," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Konsensus Nasional, beliau turut menyentuh mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah bersetuju untuk membataskan topik perbincangan kepada segmen sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa.

"Namun, empat segmen ini seolah-olah tidak mendapat persetujuan penuh.

"Maka, di mana titik fokalnya?," ujarnya.

Menyifatkan hubungan antara BN dan PR sebagai 'terlalu politiking' dan penuh tipu muslihat politik, beliau berkata agenda bersama seperti lontaran idea Konsensus Nasional boleh meredakan suhu politik dan disenangi rakyat.

"Ia haruslah menjadi satu gerakan yang benar dan amanah, bukan sekadar projek politik yang kelak akan memeningkan rakyat," katanya.

Katanya, melalui kenyataan-kenyataan media yang dikeluarkan sebelum ini, Kosensus Nasional diutarakan ekoran daripada kebejatan politik terutamanya yang melibatkan isu ketegangan kaum khususnya di negeri Pulau Pinang dan Selangor.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan