Aloyah Catat Sejarah Jadi KP Imigresen Wanita Pertama

Diterbitkan: Rabu, 5 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Aloyah Mamat
Datuk Aloyah Mamat

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen, Datuk Aloyah Mamat mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai ketua pengarah jabatan itu, berkuatkuasa pada Rabu.

Aloyah berkata, beliau akan meneruskan rancangan transformasi Jabatan Imigresen seperti yang dilaksanakan Ketua Pengarah, Datuk Seri Alias Ahmad.

"Sebagai wanita pertama yang dilantik menjadi Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, sudah tentu perasaan saya bermacam-macam. Namun saya gembira dan menghargai atas pelantikan ini.

"Saya yakin dapat memikul tanggungjawab dengan baik. Pelantikan ini membuktikan bahawa wanita juga mampu menggalas tugas berat sebagai ketua.

"Saya akan meneruskan apa yang dibincangkan bersama Datuk Seri Alias mengenai Jabatan Imigresen...tentang apa yang kita buat (rancang)," katanya kepada mStar Online selepas Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini, Selasa.

Aloyah akan bertugas sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen berkuatkuasa pada Rabu bagi menggantikan Alias yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mulai hari yang sama.

Mengenai Jabatan Imigresen yang sentiasa penuh dengan pelbagai cabaran dan isu berat, Aloyah berkata, beliau tidak melihat perkara itu sebagai satu kesukaran.

"Saya terima cabaran ini. Dan pengalaman saya di Jabatan Imigresen sejak 2008 akan membantu untuk terus memperkuatkan jabatan dengan sokongan lebih 12,000 kakitangan.

"Saya sebelum ini pernah menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pekerja Asing dan juga wanita pertama memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), di Jabatan Imigresen. Saya sudah pun buktikannya. Saya berharap mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk media," katanya.

Aloyah, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Sains Malaysia dan dilantik ke Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Ogos 1989.

Anak kelahiran Bukit Rambai, Melaka ini mula memegang jawatan di Jabatan Imigresen sebagai Pengarah Bahagian Pekerja Asing pada Ogos 2008 dan kemudiannya menjadi Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pada November 2009.

Beliau dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) pada jun 2011.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan