PRK Kajang: Sokong Calon Tak Bermakna Sokong Anwar Jadi MB - Pemuda PAS

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anwar
Anwar

KUALA LUMPUR: Menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak bermakna bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor, kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Beliau berkata isu menteri besar Selangor perlu dihentikan segera kerana bimbang ia akan menjejaskan kepentingan rakyat, khususnya di Selangor.

"Pemuda PAS ingin menegaskan bahawa menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil DUN Kajang tidak bermakna Pemuda PAS bersetuju beliau menjadi menteri besar Selangor.

"Pemuda PAS mendesak agar isu menteri besar dihentikan segera kerana rakyat Malaysia sudah muak dengan polemik politik yang tidak berkesudahan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Selasa.

Suhaizan berkata pihaknya bimbang jika isu menteri besar Selangor akan menimbulkan lebih banyak masalah sehingga menjejaskan kebajikan rakyat, khususnya di Selangor.

"Menteri besar masih memegang jawatan itu, polemik hanya akan mengundang banyak masalah.

"Kita khuatir isu dan polemik menteri besar ini jika berterusan ia akan menghambat masa kita untuk bersama dengan polemik ini, dengan ini kepentingan dan kebajikan rakyat akan terjejas," katanya sambil menyatakan kebimbangan jika isu ini diheret ke peringkat istana.

Menurut Suhaizan, walaupun terdapat pandangan-pandangan negatif daripada Pemuda PAS, termasuklah untuk memboikot pilihan PRK Kajang, beliau berkata ia adalah pandangan peribadi.

Katanya, Pemuda PAS telah pun membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan PR dalam PRK Kajang selepas mengadakan mesyuarat Lujnah Politik, malam Isnin, sejurus selepas ketetapan dibuat Lujnah Politik PAS Pusat.

"Kita bersikap terbuka dengan pelbagai pandangan, memang ramai tak setuju ketika peletakan jawatan (Adun Kajang), begitu juga sebahagian daripada Pemuda PAS.

"Tapi itu semua pandangan-pandangan dalam Pemuda dan anak muda di Malaysia, ia bukan keputusan...keputusan adalah seperti mana yang dibuat oleh Lujnah Politik PAS Pusat diiringi keputusan Lujnah Politik Pemuda PAS," katanya.

Dalam pada itu, Suhaizan turut menyatakan kekesalan terhadap tindakan mengosongkan kerusi DUN Kajang yang didakwa dilaksanakan secara tergesa-gesa.

Katanya, selain membazir masa dan wang rakyat, ia juga mendedahkan PR kepada risiko kemerosotan sokongan rakyat.

Justeru, beliau berharap agar mana-mana komponen dalam PR tidak mengulangi kesilapan serupa pada masa akan datang.

"Walaupun kita tak bersetuju kerana pembaziran, tapi usaha untuk menjadikan Selangor lebih baik dari sekarang kita setuju.

"Kita tak setuju dengan pembaziran tapi kita juga tak setuju beri kemenangan percuma kepada BN...prinsipnya kita mahu menang dan tak mahu bagi kemenangan percuma," katanya.

Selain mendapat reaksi negatif Pemuda PAS, PAS Selangor juga sebelum ini telah memberi kata dua kepada PKR supaya kontroversi kekosongan kerusi DUN Kajang tidak dikaitkan dengan konflik dalaman parti itu berhubung kedudukan menteri besar.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan