Pencemaran Teruk Di Sg Batu Ferringhi: IWK Sahkan Mereka Bukan Punca

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengesahkan pada Selasa yang mereka bukanlah pihak yang bertanggungjawab melepaskan sebarang bahan kumbahan ke Sungai Batu Ferringhi, di sini sehingga membawa kepada pencemaran air yang dahsyat baru-baru ini.

IWK dalam satu kenyataan menyebut bahawa mereka memang menjalankan operasi dan merawat air sisa kumbahan untuk kawasan di sekitar loji olahan kumbahan iaitu loji PEG073 di Jalan Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

Loji olahan kumbahan tersebut menurut IWK memberikan perkhidmatan kepada 30,000 pengguna dan pada masa ini, loji tersebut berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah kebocoran.

"Keputusan persampelan juga memenuhi piawaian-piawaian yang ditetapkan oleh badan kawal selia. Satu pemeriksaan lanjutan telah dijalankan di rangkaian paip-paip pembetungan di bawah tanah di sekitar Batu Ferringhi dan mendapati tiada sebarang kebocoran atau kerosakan ditemui pada paip-paip pembetungan tersebut.

"Kami mengesyaki terdapat kemungkinan sumber-sumber lain yang menyebabkan pencemaran kepada sungai-sungai dan laut di sekitar Batu Ferringhi baru-baru ini," jelas kenyataan itu lagi. IWK ialah sebuah syarikat perkhidmatan pembetungan nasional milik Menteri Kewangan Diperbadankan yang bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan pembetungan untuk 21 juta pengguna di seluruh negara, kecuali negeri-negeri di Sabah, Sarawak, Kelantan dan Bandaraya Johor Bahru.

Tumpuan utama syarikat tersebut adalah pengendalian operasi dan penyelenggaraan 5,997 buah loji olahan awam dan 16,328 km panjang rangkaian paip pembetungan bawah tanah.

Baru-baru pihak media telah menyiarkan satu laporan berita mengenai kemunculan bahan hitam yang sangat pekat yang berpunca dari muara Sungai Batu Ferringhi sehingga menjejaskan persekitaran pantai Batu Ferringhi.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika ditemui pada Selasa menegaskan beliau telah menyerahkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk mengendalikan kes tersebut yang sebelum ini dipercayai berpunca dari logi IWK.

Dalam perkembangan berkaitan, lawatan tapak yang dilakukan oleh MPPP bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada Isnin mendapati, air hitam yang mengalir dari Sungai Batu Ferringhi itu berlaku di kawasan muara sungai tersebut.

MPPP dalam satu kenyataan media memaklumkan yang siasatan dan ujian ke atas air sungai tersebut telah dilakukan oleh dua agensi kerajaan iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan JPS.

Mengikut JAS, hasil ujian air sungai hanya akan diketahui selepas tempoh dua minggu dari sekarang.

"MPPP memandang serius kejadian ini dan tindakan perundangan boleh diambil ke atas sesiapa yang menyebabkan pencemaran di bawah perundangan pihak berkuasa masing-masing.

"Satu mesyuarat koordinasi telah diadakan oleh JAS pada Selasa berhubung insiden ini," ujar kenyataan yang diterbitkan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Korporat MPPP itu.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan