Pemimpin SUPP, Perlu Segera Bincang, Selesaikan Perbezaan - Taib

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Taib Mahmud.
Abdul Taib Mahmud.

SIBU: Pemimpin-pemimpin pihak yang bertelingkah dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) perlu berbincang dan menyelesaikan perbezaan mereka sebelum pilihan raya negeri pada 2016.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, beliau sedih melihat mereka saling bertelingkah dan tidak mengendahkan komitmen asas Barisan Nasional (BN) supaya pihak yang bertanding atas tiketnya perlu mematuhi agendanya.

Pertikaian itu turut menjejaskan perpaduan politik masyarakat Cina di negeri ini, katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Cina Bersatu Sibu di sini, malam Isnin.

"Saya berharap nasihat dan amaran ini belum lagi terlambat walaupun kita sudah kesuntukan masa. Saya berasa amat bimbang mereka mengambil langkah mengundur, kecuali ada usaha diambil untuk memelihara perpaduan ini seperti 50 tahun lepas.

"Mereka akhirnya mungkin ketinggalan dalam penyertaan bermakna dalam kerajaan jika tidak mempunyai pasukan untuk mewakili mereka," kata beliau.

SUPP, parti politik tertua di negeri ini, juga berdepan kemungkinan dibatalkan pendaftarannya.

Pendaftar Pertubuhan telah mengemukakan Notis Tunjuk Sebab kepada parti itu berikutan aduan berlakunya penyelewengan dalam pemilihan cawangan manakala cawangan Bekenu dan Piasau telah dibatalkan pendaftarannya bulan lepas.

Pada pilihan raya negeri 2011, SUPP tewas di lapan daripada 12 kerusi yang ditandinginya.

Taib berkata, perpaduan masyarakat Cina adalah sangat penting kerana Sarawak bakal memasuki fasa pembangunan ekonomi menerusi proses perindustrian lebih besar menerusi pelaksanaan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

"Masyarakat Cina perlu mempunyai satu pasukan yang dapat bergandingan dengan kaum lain dalam melangkah ke arah perindustrian. Diharapkan para pemimpin ini dapat menyelesaikan perbezaan mereka menjelang pertengahan tahun ini.

"Anda perlu bina satu kepimpinan baharu. Janganlah biarkan agenda yang kurang penting menghalang masyarakat daripada menjadikan Sarawak sebuah negeri yang amat kaya menjelang 2030," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan