Cadang Makanan Utama Kaum Sebagai Barang Kawalan

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAUB: Kerajaan disaran menyenaraikan barang makanan utama kaum di negara ini sebagai barang kawalan untuk mengelakkan peniaga menaikkan harga barangan itu terutama setiap kali musim perayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata walaupun kerajaan telah menyenaraikan sebahagian barang keperluan sebagai barang kawalan, namun beberapa barang lain juga perlu disenaraikan.

"Contohnya kacang dal, dan terung bulat yang kita dapati harganya naik tanpa sebarang kawalan, jika ia disenaraikan sudah tentu peniaga tidak berani untuk menaikkan harga sesuka hati," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Umno Bahagian Raub di sini semalam.

Shahiruddin yang juga Ketua Umno Bahagian Raub berkata demikian sebagai mengulas rungutan masyarakat India dan pengguna tentang kenaikan harga barang termasuk sayur dan ikan di negeri ini.

Katanya bagi membendung kenaikan harga, pegawai penguatkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang melakukan kesalahan itu mengikut akta sedia ada dan bukan sekadar memberi amaran. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan