ADUN Hutan Melintang, Perak Keluar PKR?

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

S. Kesavan
S. Kesavan

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, Perak, S. Kesavan khabarnya telah mengutus surat kepada Speaker Dewan memaklumkan yang dia mengambil keputusan untuk mengisytiharkan dirinya keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuatkuasa serta merta.

Surat makluman tersebut bertarikh 2 Januari lalu.

Alasan yang diberikannya ialah tiada lagi kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti itu.

Salinan surat tersebut yang diterima oleh pejabat Speaker pada Selasa, 4 Februari kini tersebar di dalam alam maya.

Bagaimanapun Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan berita berkenaan dengan mendakwa surat berkenaan adalah palsu.

"Perkara ini tidak benar...saya sahkan erita ini palsu.

"Beliau belum keluar PKR, beliau masih setia bersama kita," katanya kepada mStar Online.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan