48,000 Pati Dihantar Pulang Sejak 2013 - Alias Ahmad

Diterbitkan: Selasa, 4 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Seri Alias Ahmad
Datuk Seri Alias Ahmad

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menghantar pulang seramai 48,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara asal menerusi pelbagai operasi yang dijalankan sehingga kini sejak tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, proses penghantaran pulang Pati dibuat dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan.

Menurut Alias, operasi itu turut melibatkan Operasi Bersepadu Fasa Dua yang dilaksanakan sejak 21 Januari lalu apabila seramai 3,000 Pati ditahan daripada 15,000 orang yang diperiksa.

"Tahun lepas kita hantar pulang seramai 45,000 orang. Tahun ini sahaja dianggarkan 3,000 orang. Jumlahnya akan berubah bergantung kepada proses mendapatkan dokumen perjalanan daripada kedutaan negara masing-masing.

"Tempoh kita menghantar pulang biasanya tujuh hari tetapi terdapat kes di mana penghantaran pulang tidak dibuat dengan segera kerana adanya halangan untuk mendapatkan dokumen perjalanan apabila ada negara tidak mengaku (Pati) sebagai rakyatnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Datuk Aloyah Mamat yang dilantik sebagai ketua pengarah baharu, berkuatkuasa pada Rabu.

Pelantikan itu berikutan Alias dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mulai Rabu.

Dalam perkembangan berkaitan, Alias berkata, pihaknya telah berhubung dengan Wisma Putra supaya Myanmar mengambil keputusan yang konstruktif untuk mengeluarkan dokumen perjalanan kepada rakyat mereka yang menjadi Pati di negara ini.

"Sebahagian besar daripada mereka ialah etnik Rohingya, Chin dan Kachin. Mereka yang berdaftar dengan UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian) dan mengaku sebagai rakyat Myanmar seramai 85,000 orang.

"Menjadi masalah kepada kita ialah mereka tiada dokumen (perjalanan). Wisma Putra memang sedang berhubung dengan Kerajaan Myanmar untuk menyelesaikan isu antarabangsa ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan