Proaktif Kuat Kuasa Undang-Undang Melindungi Pengguna - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 3 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pasar secara mengejut untuk meninjau harga ayam, ikan, sayuran dan telur di Pasar Basah Seksyen 1, Bangi, Isnin. Beliau turut ke pasar mini dan Dataran Selera di Seksyen 16. -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pasar secara mengejut untuk meninjau harga ayam, ikan, sayuran dan telur di Pasar Basah Seksyen 1, Bangi, Isnin. Beliau turut ke pasar mini dan Dataran Selera di Seksyen 16. -fotoBERNAMA

BANGI: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta kementerian dan agensi kerajaan lebih proaktif dalam menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sedia ada bagi melindungi kepentingan pengguna.

Dalam usaha itu, beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu memainkan peranan penting memastikan undang-undang yang melindungi pengguna dikuatkuasakan sepenuhnya.

Katanya beliau kurang berpuas hati dengan sikap sebilangan besar peniaga yang masih ingkar arahan dan peraturan supaya melabel dan meletakkan tanda harga barang, yang menurutnya membebankan pengguna dalam memilih barang keperluan dengan harga berpatutan.

"Undang-undang sudah diwujudkan tetapi tidak dilaksanakan sepenuhnya. Jadi saya fikir selaras dengan gerakan kita untuk memantau harga dan menentukan pelanggan tidak ditipu oleh penjual, maka undang-undang ini mesti dikuatkuasakan sepenuhnya.

"Tetapi mungkin nak bagi masa...persatuan dan dewan (perniagaan) menyatakan mereka perlukan masa. Selepas itu undang-undang yang ada akan dikuatkuasakan (sepenuhnya)," katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan mengejut harga barang di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi di sini Isnin.

Hadir sama ialah Menteri KPDNKK Datuk Hasan Malek.

Muhyiddin juga mencadangkan KPDNKK melancarkan semula kempen pelabelan dan penandaan harga pada barangan, selain memberi tempoh dua bulan kepada para peniaga berbuat demikian.

"Berdasarkan peraturan-peraturan penandaan harga, saya telah cadangkan supaya lancarkan semula program untuk menentukan setiap peniaga menandakan harga barang-barang jualan mereka.

"Dulu mungkin kita ada (ambil) tindakan tetapi tidak begitu menyeluruh, tetapi kali ini selepas kita bagi tempoh mereka tak boleh 'cari sebab'. Ini saya serahkan kepada kementerian (KPDNKK)," katanya.

Menurutnya, pelbagai usaha telah dan sedang diambil oleh kerajaan dalam menangani kenaikan harga barang dan mengurangkan bebanan rakyat, termasuk penyediaan laporan terperinci berhubung kos sara hidup oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

"Laporan ini akan dibentangkan pada mesyuarat 5 Feb ini. Ada beberapa bidang yang diberi perhatian, termasuk tenaga; bahan api dan elektrik; bahan-bahan makanan dan perkhidmatan; pengangkutan dan tol.

"Kita akan melihat semua ini secara holistik. Bukan tumpuan hanya pada bahan-bahan makanan, minuman dan perkhidmatan sahaja. Saya berpendapat memang ada beberapa perkara yang boleh diberi perhatian oleh jawatankuasa ini bila kita bermesyuarat nanti," kata Muhyiddin.

Jelasnya, kerajaan sentiasa meneliti dan melaksanakan perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada pengguna, selain menjamin ekonomi negara terus berada pada paras kukuh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan