Perhimpunan Pembangkang Di Pekan Rabu Tak Dapat Sambutan

Diterbitkan: Isnin, 3 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Satu perhimpunan anjuran Pemuda PAS Kedah di depan Pekan Rabu di sini pada Ahad gagal mendapat sambutan orang ramai.

Himpunan Bantah Kenaikan Kos Sara Hidup 'Himpunan Kangkong' dengan alasan untuk membantah kenaikan harga barang yang menyebabkan kos sara hidup penduduk di Malaysia meningkat itu hanya disertai tidak sampai 100 penyokong parti berkenaan berbanding 'beribu-ribu orang' yang mereka sasarkan.

Himpunan selama dua jam yang bermula pukul 3.30 petang itu turut membabitkan 10 badan bukan kerajaan (NGO).

Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Md Khalil Abdul Hadi, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pinang Romani Wan Salim dan Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria.

Nasir, yang ditemui pemberita, mengakui himpunan itu kurang mendapat sambutan.

Bagaimanapun, beliau berkata himpunan itu penting bagi memperjelas kesan kenaikan harga yang terpaksa ditanggung rakyat Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan