Anwar Tidak Akan 'Lepaskan' Permatang Pauh

Diterbitkan: Isnin, 3 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anwar ketika menemui penduduk Permatang Pauh di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, Ahad.
Anwar ketika menemui penduduk Permatang Pauh di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, Ahad.

BUKIT MERTAJAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sekiranya beliau menang dalan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Jika ada pihak boleh menjadi ahli parlimen di Sarawak dan ahli dewan undagan negeri (ADUN) di Sabah, kenapa pula saya tidak boleh jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ADUN Kajang, ia bukan satu masalah," katanya ketika menemui penduduk Permatang Pauh di Yayasan An Nahdhoh, Kubang Semang, Ahad.

Menurutnya, ia merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan selepas mandat itu diberikan oleh rakyat di Permatang Pauh pada pilihan raya lalu.

Tambahnya, bagi menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri model, ia menjadi keperluan untuk beliau bertanding pada PRK tersebut.

Pada 28 Januari lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Anwar sebagai calon PRK Kajang selepas penyandangnya yang mewakili parti sama, Lee Chin Cheh meletak jawatan.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut dispekulasikan akan memberi ruang kepada Anwar untuk menggantikan kedudukannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan