Aliran Trafik Lancar Sebelah Pagi Di Semua Laluan Plus

Diterbitkan: Isnin, 3 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menuju ke ibu negara dilaporkan lancar dan terkawal pagi Isnin.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressways Berhad yang dihubungi berkata keadaan trafik dijangka perlahan di sebelah tengah hari dan petang berikutan orang ramai bergerak pulang ke ibu kota.

"Setakat ini, trafik lancar di sepanjang lebuh raya PLUS, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberitahu larangan bagi kenderaan berat menggunakan lebuh raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina berkuat kuasa pada 8 dan 9 Februari ini.

"Larangan meliputi kenderaan berat dalam Kategori I, II dan III sahaja, namun dibenarkan bagi kategori IV," kata jurucakap itu.

Beliau menjelaskan kategori I termasuk lori yang membawa bahan binaan, kategori II meliputi lori kargo membawa barang elektronik, kategori III adalah kren bergerak manakala kategori IV pula meliputi lori kargo yang membawa keperluan harian.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui talian bebas tol Plusline 1800-88-0000, talian LLM 1800-88-7752 atau melayari www.twitter.com/plustrafik atau www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan