Trafik Sesak Ke Ibu Negara

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aliran trafik bertambah sesak menuju ke Tol Gombak berikutan orang ramai mula pulang selepas cuti umum sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Aliran trafik bertambah sesak menuju ke Tol Gombak berikutan orang ramai mula pulang selepas cuti umum sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menuju ke ibu negara dilaporkan sesak sehingga petang Ahad berikutan pertambahan bilangan kenderaan selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad ketika dihubungi Bernama berkata keadaan itu dijangka berterusan sehingga Isnin.

"Setakat 4.40 petang tadi, keadaan trafik di beberapa laluan dari kedua-dua arah (utara dan selatan) sesak.

"Laluan paling teruk terjejas ialah dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Sungai Perak ke Terowong Menora, Seberang Jaya ke Juru, Juru ke Bukit Tambun, Gopeng ke Tapah, Bidor ke Slim River dan Tanjung Malim ke Rawang," katanya.

Beliau berkata dari selatan ke ibu negara, trafik juga bergerak perlahan dari Pedas Linggi ke kawasan Rehat & Rawat Seremban.

Jurucakap itu berkata trafik juga sesak dari Bangunan Sultan Iskandar Malaysia di Johor Baharu ke Singapura.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila hubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM 1800-88-7752 atau layari www.twitter.com/plustrafik atau www.twitter.com/llminfotrafik.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan