Shalwati Beri Kebenaran Bawa Anak Pulang Ke Malaysia - Hamzah

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hamzah (belakang, dua dari kanan) bersama Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, anak kepada pasangan Malaysia, yang ditahan pihak berkuasa Sweden kerana didakwa memukul tangan anak mereka yang enggan solat sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada Sabtu. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR
Hamzah (belakang, dua dari kanan) bersama Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, anak kepada pasangan Malaysia, yang ditahan pihak berkuasa Sweden kerana didakwa memukul tangan anak mereka yang enggan solat sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada Sabtu. Foto AZHAR MAHFOF / THE STAR

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, beliau telah meminta kebenaran daripada Shalwati Norshal untuk membawa pulang empat anaknya ke Malaysia.

Katanya, beliau berbuat demikian semasa berjumpa dengan ibu empat beradik itu yang ditahan reman di penjara di Stockholm, Sweden, dengan wanita itu menandatangani surat kebenaran bagi tujuan itu.

Hamzah berkata, beliau perlu meminta kebenaran terlebih dahulu supaya tidak dilihat 'memandai-mandai' mengambil keputusan sendiri membawa pulang empat beradik itu tanpa kebenaran ibu bapa mereka.

Katanya, beliau turut berbincang dengan guru yang bercuti tanpa gaji itu mengenai persekolahan anak-anaknya di sini, dan wanita itu meminta supaya anaknya ditempatkan di sekolah kebangsaan.

"Beliau tidak mahu memasukkan anak-anaknya ke sekolah antarabangsa kerana perbezaan budaya. Kita akan bincang dengan anak-anak ini sekolah bagaimana yang mereka mahu," katanya kepada pemberita di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta di sini, Sabtu.

Beliau hadir pada majlis pertemuan perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan empat beradik itu, Aishah, 14; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, 7.

Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin yang merupakan pegawai Tourism Malaysia di Stockholm kini ditahan reman sehingga 10 Februari bagi membantu siasatan memukul tangan anak lelaki mereka yang tidak solat.

Hamzah berkata, Perdana Menteri juga mengarahkan beliau pergi ke Sweden untuk menyelesaikan kes itu.

"Saya telah berjumpa dengan rakan sejawatan di Kementerian Luar Sweden bagi membincangkan kedudukan kita di dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang ditandatangani kedua-dua negara pada 17 Februari 1995.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sweden dan kedutaan Malaysia di sana yang bertungkus-lumus menyelesaikan masalah ini sehingga berjaya membawa pulang kanak-kanak ini," katanya.

Hamzah juga berkata, pertanyaan pertama anak bongsu pasangan itu kepadanya ialah "Bila awak mahu pulang ke Malaysia? Saya mahu ikut awak."

Sementara itu, Arif semasa ditanya oleh Najib kenapa dia mahu pulang ke Malaysia, kanak-kanak itu dalam keadaan tersipu-sipu memberitahu dia rindukan sepupunya di Kelantan, yang difahamkan mereka amat rapat dan sering bermain 'video games' bersama-sama. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan