PRK Kajang: Pemuda MIC Sokong BN Letak Calon MCA

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

C. Sivarraajh
C. Sivarraajh

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda MIC menyokong penuh agar calon MCA diletakkan sebagai wakil Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor, kata ketuanya C. Sivarraajh.

Beliau berkata MCA wajar diberi ruang kerana parti itu kini melalui proses transformasi bersama kepimpinan baharu yang sesuai dengan kehendak rakyat terutamanya kaum Cina.

"Sebagai mengamalkan sikap setiakawan dalam gabungan Barisan Nasional, MIC komited sebulat suara menyokong penuh agar calon MCA diletakkan pada pilihan raya kecil ini," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.

Dalam usaha memberi kemenangan kepada BN, beliau berkata sayap parti itu akan memberi fokus kepada golongan muda terutama dalam menerangkan isu-isu nasional serta situasi politik masa kini.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas anggota DUN itu Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Jan lepas, dan pakatan pembangkang menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan.

Sivarraajh berkata Pemuda MIC melihat peletakan jawatan Lee tanpa sebab munasabah itu sebagai memperlekehkan kepercayaan yang telah diberikan pengundi kawasan tersebut kepadanya pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi DUN Kajang pada 5 Februari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan