Pengguna Punya Hak Ke Atas Data Peribadi Masing-Masing

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ramai pengguna data telah menghantar surat pemberitahuan kepada pelanggan masing-masing berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Ramai pengguna data telah menghantar surat pemberitahuan kepada pelanggan masing-masing berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

PUTRAJAYA: Jangan bimbang jika sejak akhir-akhir ini anda seolah-olah dihujani dengan 'surat cinta' dari bank, ejen insurans, malah dari Indah Water yang berjanji untuk melindungi data peribadi anda.

Ia adalah sebahagian daripada proses pematuhan oleh penyedia perkhidmatan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 atau PDPA.

Dikuatkuasakan pada 15 November tahun lepas, akta ini memerlukan syarikat dan organisasi yang mengendalikan data peribadi pengguna dalam urus niaga perdagangan komersil (dikenali sebagai pengguna data) memberitahu dan mendapatkan persetujuan mereka untuk mengumpul dan memproses maklumat tersebut dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penguatkuasaan.

Berdasarkan prinsip ini, jika anda menerima pemakluman daripada pengguna data yang anda tidak ingat tentang pendaftarannya atau tidak mahu lagi menjalankan urusan dengan mereka, anda mempunyai hak untuk meminta data peribadi anda dipadamkan daripada rekod.

"Prinsip yang paling penting dalam PDPA ialah apabila seorang pengguna data menggunakan data peribadi pengguna untuk tujuan komersil, kebenaran mesti diperolehi daripada pemilik data," kata Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Abu Hassan Ismail.

PDPA telah ditubuhkan terutamanya bagi mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan komersil dan melindungi hak-hak pengguna di tengah-tengah ledakan data di seluruh dunia.

Selain mendapatkan persetujuan pengguna, pengguna data hendaklah mematuhi enam prinsip lain akta, termasuk memastikan bahawa data yang diproses adalah tepat dan mengambil langkah-langkah praktikal untuk mengelakkan daripada kehilangan, penyalahgunaan atau capaian yang tidak dibenarkan.

Kegagalan mematuhi mana-mana prinsip-prinsip ini boleh dikenakan hukuman sehingga RM300,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Data peribadi adalah maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon, nombor MyKad, imej dari rakaman CCTV, akaun bank dan butiran kad kredit, serta apa-apa ungkapan pendapat tentang seseorang.

Pengguna mempunyai hak untuk memeriksa data peribadi mereka dengan mana-mana pengguna data bagi memastikan ia tidak disalahgunakan.

Abu Hassan berkata pihak berkuasa menerima 800 hingga 1,000 aduan kebocoran data atau penyalahgunaan setiap bulan, termasuk pemberian data yang tidak dibenarkan kepada pihak ketiga.

Akta ini adalah untuk mewujudkan budaya hormat dan kepercayaan dalam pengurusan data peribadi di negara ini.

"Kami berharap keyakinan rakyat akan bertambah pada masa kini kerana akta telah dikuatkuasakan.

"Pada masa yang sama, orang ramai perlu mengetahui lebih lanjut tentang hak-hak mereka sebagai pengguna dan bagaimana untuk melindungi maklumat peribadi mereka," kata Abu Hassan.

Abu Hassan berkata orang ramai boleh membangkitkan kebimbangan data peribadi mereka atau rungutan kepada jabatannya apabila tempoh pematuhan tiga bulan yang berakhir pada 15 Februari.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan