Loji Rawatan Air Cheras Kembali Beroperasi, Bukit Tampoi Masih Ditutup - Berita Semasa | mStar

Loji Rawatan Air Cheras Kembali Beroperasi, Bukit Tampoi Masih Ditutup

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Loji rawatan air di Cheras.
Loji rawatan air di Cheras.

KUALA LUMPUR: Loji rawatan air di Batu 11, Cheras yang meliputi Hulu Langat disambung semula operasinya pada Ahad, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Loji rawatan Batu Tampoi, yang meliputi Kuala Langat bagaimanapun masih ditutup kerana pencemaran ammonia.

Tahap ammonia yang boleh diterima adalah 1.5ppm dan pada masa ini, ia turun naik antara 3 dan 5ppm.

Syabas berkata permintaan keseluruhan pada musim perayaan telah menurun, membolehkan air disalurkan daripada kawasan-kawasan lain untuk mengekalkan bekalan di kawasan terjejas.

Pengguna telah digesa untuk menggunakan air sebaiknya untuk mengelakkan pembaziran.

36 kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat dilaporkan mengalami gangguan bekalan air sementara, yang bermula pada Rabu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan