Kertas Siasatan Bapa Kelar Anak Diserah Kepada TPR Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Kertas siasatan berhubung insiden seorang bapa mengelar anak perempuannya yang berusia tujuh tahun hingga mati dan mencederakan dua lagi di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar berkata, pihaknya yakin dapat menyiapkan kertas siasatan itu secepat mungkin berdasarkan maklumat terbaru yang diperoleh.

"Biar mahkamah memutuskan sama ada untuk didakwa, atau suspek perlu dirujuk di Hospital Psikiatri, (kerana) berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada keluarga dan orang ramai, polis mengesyaki suspek mengalami masalah mental," katanya kepada pemberita sebelum melawat Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi sebagai langkah persiapan menghadapi pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Beliau berkata buat masa ini, suspek dirawat di Hospital Kajang selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala.

"Keadaannya stabil serta boleh bercakap, soal siasat dijalankan secara minimum memandangkan suspek masih cedera serta suasana di hospital yang tidak sesuai untuk dijalankan siasatan," katanya sambil menambah soal siasat akan dijalankan selepas suspek dibenar keluar dari hospital.

Abd Rahim berkata, dua lagi anak suspek yang terselamat kini dirawat di Hospital Kajang dan Hospital Kuala Lumpur serta berada dalam keadaan stabil.

Mengulas dakwaan insiden itu mungkin ada kaitan dengan kumpulan yang mengamalkan ajaran sesat, beliau berkata polis akan meneliti kes berkenaan dari pelbagai sudut.

Dalam insiden dua hari lepas, anak bongsu suspek meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi anak perempuannya berusia 10 dan 12 tahun cedera di tengkuk dan tangan sehingga menyebabkan seorang daripada mereka putus jari.

Suspek berusia 44 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, mengulas kes samun wang tunai berjumlah RM3.36 juta dari sebuah van syarikat keselamatan di stesen minyak pekan Ijok, Kuala Selangor pada 28 Januari lepas, Abd Rahim berkata, polis yakin suspek yang masih bebas akan dapat dilakukan dalam masa terdekat.

"Tangkapan masih kekal tiga orang buat masa ini dan reman telah dikenakan terhadap mereka sehingga 6 Februari ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim berkata, polis Selangor kini bersiap sedia menghadapi PRK DUN Kajang dan masih meneliti lokasi yang bakal menjadi kawasan panas.

"Jumlah anggota yang bakal terlibat masih belum diputuskan namun polis akan sentiasa menjamin keselamatan dan kelancaran pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi," katanya.

Kerusi DUN Kajang kosong setelah Lee Chin Cheh meletak jawatan pada Isnin lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan