Helikopter PUTD Cuba Dibawa Keluar Dari Empangan Bekok

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Helikopter Agusta A-109 LUH milik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) yang rosak teruk ketika membuat pendaratan cemas di Empangan Bekok pada malam Khamis lepas akan cuba dibawa keluar hari ini, menurut sumber ketenteraan, Ahad.

Katanya, usaha membawa keluar helikopter peninjau buatan konglomerat pertahanan Eropah itu dipercayai bermula sejak semalam melibatkan beberapa aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Kuantan, Pahang dan Gemas, Negeri Sembilan.

"Helikopter yang rosak teruk itu akan cuba dibawa keluar daripada lokasi pendaratan cemasnya hari ini, sebelum dibawa ke pangkalan PUTD di Kem Mahkota, Kluang," kata sumber itu kepada Bernama.

Katanya, usaha membawa keluar itu helikopter itu akan dibantu kenderaan perisai "Armoured Recovery Vehicle" (ARV) sama ada jenis "Adnan" atau "Pendekar" dan kenderaan "load loader" dari kem tentera di Gemas dan Kuantan.

Menurut sumber itu lagi, kenderaan perisai ARV milik tentera itu terpaksa digunakan untuk operasi membawa keluar helikopter terbabit berikutan keadaan bentuk muka bumi lokasi kejadian yang mencabar.

Pada malam Khamis lepas, helikopter Agusta A-109 PUTD yang sedang dalam penerbangan latihan malam terpaksa membuat pendaratan cemas di sebuah lokasi berhutan berhampiran Empangan Bekok.

Juruterbang dan tiga penumpang helikopter terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius.

Kesan daripada impak pendaratan cemas itu, helikopter terbabit mengalami kerosakan teruk dengan bahagian ekor serta bilah kipasnya terputus dua, manakala komponen tayar untuk pendaratan juga mengalami kerosakan.

Bernama difahamkan seorang daripada penumpang helikopter itu merupakan pegawai tentera asing berpangkat Leftenan Kolonel, manakala tiga lain adalah pegawai tentera tempatan iaitu dua Mejar dan seorang Kapten.

PUTD, yang merupakan cabang Tentera Darat memiliki 11 buah helikopter peninjau ringan Agusta A-109 LUH yang berpangkalan di Kem Mahkota, Kluang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan