Anak Pasangan Malaysia Yang Ditahan Di Sweden Dijaga Ibu Saudara

Diterbitkan: Ahad, 2 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, merupakan anak pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, Sabtu. Foto BERNAMA
Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, merupakan anak pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, Sabtu. Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden akan dijaga ibu saudara mereka di Kampung Bukit Tanah, Peringat di sini.

Shaleena Norshal, 43, seorang guru yang mempunyai empat anak berusia antara dua dan 17 tahun, berkata beliau gembira kerana dapat menjaga kesemua anak saudaranya itu.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia, terutama Perdana Menteri kita (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan (Timbalan Menteri Luar) Datuk Hamzah Zainuddin.

"Bagi pihak keluarga kami amat gembira mereka kembali kepada kami di sini," katanya kepada pemberita sejurus tiba bersama-sama anak saudaranya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa malam Sabtu.

Ketibaan Aishah Azizul Raheem, 14, dan tiga adiknya iaitu Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif,7, disambut anggota keluarga dalam suasana gembira bercampur sedih sebaik tiba pada 8.15 malam dengan pesawat FireFly dari Kuala Lumpur.

Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isteri, Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Mengulas perancangan masa depan, termasuk persekolahan keempat-empat beradik itu, Shaleena, adik kepada Shalwati, berkata perkara itu akan dibincang dengan anggota keluarganya.

Sementara itu, suami Shaleena, Nik Ahmad Farid Nik Abdullah, 44, berkata, empat beradik berkenaan memang rapat dengan anaknya dan sering tinggal di rumahnya apabila mereka pulang bercuti di kampung halaman.

"Mereka akan bersekolah di negeri ini, bagaimanapun, sekolah berkenaan belum ditetapkan lagi," katanya.

Bagaimanapun, anggota keluarga tidak membenarkan pihak media menemuramah Aishah dan adik-adiknya.

Empat beradik itu tiba pukul 7.04 pagi Sabtu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Stockholm menaiki pesawat Malaysia Airlines.

Mereka ditemani Hamzah, seorang pegawai khas beliau dan seorang saudara keluarga empat beradik itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan