Usaha Kerajaan Kurangkan Beban Rakyat Dipuji

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang memuji dan menyokong langkah kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup dalam usaha mengurangkan beban rakyat di negara ini.

Pengerusinya Datuk Lam Wu Chong berkata langkah itu adalah satu tindakan yang bijak untuk menangani isu peningkatan harga barang dan tepat pada waktunya.

"Pada hujung tahun 2013, harga barang mula melambung tinggi akibat inflasi. Kerajaan yang memahami kesusahan rakyat telah mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih dan elaun lain untuk mengurangkan beban rakyat.

"Kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah penjimatan untuk mengurangkan 11 butiran perbelanjaan awam," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, di sini Sabtu.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pada 15 Jan lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusikan beliau sendiri bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang secara bersepadu.

Penubuhan jawatankuasa itu yang merupakan lanjutan daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara Menangani Kos Sara Hidup, dan diperluas skop dan peranannya, diputuskan pada mesyuarat Kabinet 8 Jan lepas.

Antara peranan jawatankuasa itu ialah menyelaras pelaksanaan dasar dan program pelbagai kementerian dan agensi terlibat dalam usaha mengurangkan beban rakyat. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan