PRK Kajang: Anwar Perlu Kemukakan Alasan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wee Ka Siong (gambar fail)
Wee Ka Siong (gambar fail)

KUALA LUMPUR: MCA mencabar Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memberikan alasan munasabah kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berikutan perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh wakil rakyatnya sehingga memaksa pilihan raya kecil (PRK) diadakan.

Timbalan Presidennya, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, ia sesuatu yang pelik apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika ini ingin bertanding untuk DUN di Selangor.

"Anwar perlu menerangkan kepada rakyat kenapa dia mahu bertanding di Kajang. Seperti yang saya dan semua orang tahu PRK itu hanya permainan sandiwara pembangkang," katanya pada rumah terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina di sini Jumaat.

DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN), Lee Chin Cheh meletak jawatan bagi membuka laluan kepada Anwar bertanding di Selangor.

Percaturan itu dipercayai dilakukan bagi membolehkan Anwar menggantikan tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar kononya untuk menyelesaikan masalah dalaman.

Wee memberitahu, PKR sepatutnya menyelesaikan masalah dalaman mereka tanpa melibatkan pilihan raya di Kajang.

Berhubung pemilihan calon, katanya, beliau telah melakukan perbincangan dengan pemimpin tempatan di DUN itu dan telah mendapatkan maklum balas yag baik.

"Walaupun sibuk dengan sambutan Tahun Baru Cina, mereka sangat komited untuk memenangkan kembali kerusi DUN berkenaan dan saya berharap dapat mengekalkan mementum ini sehingga hari membuang undi," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan