Pasangan Malaysia Ditahan Di Sweden: Tempoh Reman Shalwati Dilanjutkan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shalwati (kiri) dan Azizul.
Shalwati (kiri) dan Azizul.

STOCKHOLM: Pihak pendakwaan memperoleh perintah Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat bagi melanjutkan tahanan reman Shalwati Norshal sehingga 10 Februari ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

Mahkamah mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan pihak pendakwaan, yang diwakili Anna Arnelle, terus menyiasat kes berkenaan.

Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah secara fizikal dan prosiding dijalankan menerusi persidangan video.

Pada Jumaat, mahkamah sama membenarkan permohonan pendakwaan bagi melanjutkan tempoh tahanan reman suami Shalwati, Azizul Raheem Awalludin, selama 11 hari lagi iaitu sehingga 10 Februari.

Azizul, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati direman sejak 18 Disember lepas, dan penahanan mereka sudah dilanjutkan sebanyak tiga kali.

Tiada had penahanan reman di Sweden.

Keempat-empat anak pasangan itu, yang sebelum ini diletak di bawah jagaan sebuah keluarga bukan Islam ketika ibu bapa mereka ditahan reman, diserah kepada Kedutaan Malaysia di sini, Khamis.

Kesemua mereka berlepas pulang ke Malaysia pada 6.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan