JKM Sedia Khidmat Kaunseling Kepada Anak Pasangan Ditahan Di Sweden

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noorul Ainur.
Noorul Ainur.

KUALA LUMPUR: Empat anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden akan diberikan khidmat kaunseling untuk membantu mereka mengatasi tekanan psikologi yang dihadapi mereka.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata, kaunseling itu akan dikendalikan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan secepat mungkin.

"Kita difahamkan mereka akan dibawa pulang ke kampung halaman sebelah ibu mereka di Kelantan, maka kaunseling akan dijalankan oleh pegawai di sana," katanya kepada pemberita di kediaman peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta di sini Sabtu.

Sebelum itu, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bertemu dan bertanya khabar dengan keempat-empat anak pasangan itu; Aishah Azizul Raheem, 14 dan tigak adiknya Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7 sebaik mereka tiba dari Stockholm pagi Sabtu.

Azizul Raheem Awalludin , pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan isterinya Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, telah ditahan sejak 18 Disember lalu kerana didakwa memukul tangan salah seorang anak lelakinya kerana tidak bersolat.

Noorul Ainur berkata, JKM juga akan memantau perkembangan kanak-kanak itu yang akan dijaga oleh ibu saudara mereka Shaleena Norshal, 42, seorang guru di Kelantan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terjamin.

"Pemantauan akan dijalankan setiap minggu dan laporan ini akan kita serahkan kepada Wisma Putra untuk dihantar ke Jabatan Khidmat Sosial di Sweden," katanya.

Beliau berkata, antara perkara yang memudahkan usaha kerajaan Malaysia membawa balik keempat-empat anak rakyat Malaysia itu adalah kerana Malaysia dan Sweden telah menandatangani Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak pada 17 Februari 1995. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan