JKM Pastikan Syarat Kerajaan Sweden Dipatuhi

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memastikan pematuhan tiga syarat ditetapkan kerajaan Sweden sehingga membolehkan empat anak pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa di negara itu, dibawa pulang ke tanah air.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata syarat itu selaras dengan Perkara 3 dan Perkara 20 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).

"Tiga syarat dikenakan Jabatan Perkhidmatan Masyarakat Sweden iaitu kerajaan Malaysia menerusi JKM perlu menghantar laporan berkala, mengadakan sesi kaunseling kepada anak-anak tersebut dan memastikan "social assurance" atau jaminan sosial yang terkandung dalam Perkara 3 dan 20 CRC dipatuhi.

"Sebagai menteri bertanggungjawab saya akan pastikan JKM melaksanakan ketiga-tiga syarat tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat pesakit di Wad Hematologi Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini Sabtu.

Beliau menjelaskan Perkara 3 memberi penekanan berhubung 'kebajikan dan kepentingan kanak-kanak' manakala Perkara 20 berkaitan 'hak kanak-kanak yang berhak mendapat hak berada di bawah jagaan ibu bapa yang telah dinafikan".

"Kedua-dua perkara ini telah diberi penekanan yang sebaik mungkin bagi membolehkan kanak-kanak ditempatkan bersama keluarga Muslim dan juga untuk membawa kanak-kanak pulang ke Malaysia," katanya.

Ketika diminta memperincikan syarat jaminan sosial itu, Rohani berkata ketika rundingan awal diadakan antara kedua-dua negara, Kedutaan Malaysia di Stockholm, Sweden telah meminta pandangan dan nasihat daripada JKM mengenai kes tersebut.

"Social assurance ini merujuk kepada kesanggupan kerajaan Malaysia untuk memastikan semua hak kanak-kanak seperti pelindungan, pembangunan, kehidupan dan penyertaan yang terkandung dalam CRC terpelihara apabila mereka pulang ke Malaysia," katanya.

CRC merupakan konvensyen yang telah diterima pakai oleh hampir seluruh negara yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Malaysia telah menandatangani atau meratifikasi CRC pada 1995. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan