Christy Ng Dekati Pelanggan Global Melalui Enjin Reka Bentuk Kasut 3D

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pereka kasut Malaysia, Christy Ng, berharap dapat mendekati lebih ramai pelanggan global dengan pelancaran enjin reka bentuk kasut 3D menjelang pertengahan tahun ini.

Ng, pengasas Christy Ng Sdn Bhd, berkata pada masa ini pelanggan luar negara, terutamanya dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali dan Kanada, merupakan 40 peratus daripada keseluruhan asas pelanggan.

"Kami menjangkakan menjelang tahun depan, pelanggan luar negara kami akan mengatasi jumlah pelanggan tempatan kami, yang kini berjumlah 60 peratus daripada keseluruhan asas pelanggan kami," katanya kepada Bernama.

Ng berkata enjin reka bentuk kasut yang akan dilancarkan melalui laman sesawangnya, www.christyng.com, itu akan membolehkan pelanggan memilih, mereka bentuk dan menghias kasut mereka sendiri.

"Pelanggan boleh memilih jenis kasut yang mereka suka dan merekanya dengan menggunakan bahan dan warna yang mereka pilih, dan yang hebatnya ialah mereka boleh melihat rupa bentuk kasut itu dalam 3D sebelum mereka meminta kami membuat kasut itu.

"Ini amat menarik kerana selama ini kami menjual kasut mengikut tempahan," katanya. Ng berkata ide menggunakan enjin reka bentuk kasut ini dicetuskan oleh seorang pelanggan yang meminta kasut dibuat khas untuknya.

"Kami yakin apabila ini menjadi kenyataan menjelang pertengahan tahun ini, kami menjangkakan pertumbuhan yang besar kerana ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia," katanya.

Tentang pertumbuhan jualan, Ng berkata syarikat itu, yang bermula sebagai hobi pada Julai 2010, mencatatkan lonjakan besar jualan daripada RM1,000 sebulan kepada RM30,000 hingga RM50,000 sebulan, kebanyakannya disumbangkan oleh pembelian dari luar negara.

"Dalam masa lima tahun lagi, kami berharap untuk mengembangkan jualan kami ke paras yang jauh lebih tinggi dengan peratusan jualan yang lebih besar dari negara-negara seperti AS, UK dan Kanada, untuk menyokong pertumbuhan kami," tegas beliau, sambil menambah bahawa syarikat itu menjual hingga 600 pasang kasut sebulan.

Baru-baru ini Ng memenangi Cabaran Inovasi PKS Alliance Bank Bizsmart 2013 yang julung-julung kali diadakan dan meraih hadiah RM250,000 bagi peluasan perniagaannya.

"Pertandingan ini benar-benar membantu kami kerana ia memberikan satu tanggapan berkesan kepada orang dari luar tentang perniagaan kami.

"Dengan suntikan tunai kelak, kami merancang untuk menggunakan wang itu dengan bijak seperti mencipta enjin reka bentuk kasut dan mendapatkan lebih banyak jualan dari luar negara dan menembusi lebih banyak pasaran," tegas beliau sambil menambah bahawa semua kasut syarikat itu dibuat di dalam negara.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan