Bapa Menteri Kewangan Kedua Meninggal Dunia - Berita Semasa | mStar

Bapa Menteri Kewangan Kedua Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Orang ramai mengangkat jenazah Hanadzlah Khalid bapa kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) ke Masjid Sungai Rokam untuk disembahyangkan di Ipoh, malam Sabtu. Foto BERNAMA
Orang ramai mengangkat jenazah Hanadzlah Khalid bapa kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kanan) ke Masjid Sungai Rokam untuk disembahyangkan di Ipoh, malam Sabtu. Foto BERNAMA

IPOH: Bapa Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di di Sungai Rokam, di sini, Sabtu.

Allahyarham Muhd Hanadzlah, 92, yang meninggal dunia pada pukul 3.15 petang Sabtu, turut mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru.

Menurut anak ketiganya, Noorsiah, 60, kesemua tujuh anak Allahyarham berada di samping beliau ketika menghembus nafas terakhir.

"Sejak seminggu lepas ayah tidak berselera makan dan keadaannya bertambah uzur sejak dua hari lepas," katanya ketika ditemui di rumah bapanya di sini.

Allahyarham meninggalkan 28 orang cucu.

Isterinya Asiah Mior Abdul Rahman meninggal dunia pada tahun 2002.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Jaya di sini selepas solat Isyak malam Sabtu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan