Anak Pasangan Malaysia Yang Ditahan Di Sweden Tiba Di KLIA

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anak pasangan Malaysia yang ditahan Di Sweden iaitu (dari kanan) Aisyah, Amar , Arif dan  Adam bersama Hamzah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kula Lumpur (KLIA) pada pukul 7 pagi Sabtu. gambar -
AZHAR MAHFOF/The Star
Anak pasangan Malaysia yang ditahan Di Sweden iaitu (dari kanan) Aisyah, Amar , Arif dan Adam bersama Hamzah sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kula Lumpur (KLIA) pada pukul 7 pagi Sabtu. gambar - AZHAR MAHFOF/The Star

KUALA LUMPUR: Kesemua empat anak pasangan Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Sweden atas dakwaan penderaan selamat tiba dari Stockholm di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 7 pagi Sabtu.

Empat beradik yang diterbangkan dari Paris itu ialah Aishah (14 tahun), Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7). Kesemua mereka kelihatan letih ketika ditemui.

Kanak-kanak itu ditemani oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin serta seorang pegawai khasnya dan saudara kanak-kanak berkenaan.

Dengan dikawal ketat, Aishah hanya dibenarkan berkata bahawa dia gembira.

"Saya gembira dapat pulang," katanya.

Hamzah yang engga mengulas berkata, beliau akan memberi penerangan kepada media di kediaman Perdana Menteri di Jalan Duta kerana kanak-kanak itu dijadualkan bertemu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ibu bapa kanak-kanak itu iaitu Azizul Raheem Awalludin yang merupakan pegawai pelancongan dan isteri Shalwati Norshal ditahan sejak 18 Disember dan perintah reman telah dilanjutkan sebanyak tiga kali.

Mereka ditahan kerana dipercayai mendera seorang dari empat anaknya yang enggan bersolat.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan