40 Pusat Kominiti Rela Diwujudkan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Februari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) telah menubuhkan 40 Pusat Khidmat Komuniti Rela (PKKR) dalam tempoh enam bulan lalu di Semenanjung.

Ketua Pengarahnya Datuk Mustafa Ibrahim berkata penubuhan 40 PKKR fasa pertama itu melibatkan kos RM2 juta dan ia akan diperluaskan ke seluruh negara.

"Penubuhan PKKR itu sebagaimana yang dihasratkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan PKKR ini diwujudkan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian PKKR Daerah Kota Baharu, yang ketujuh di negeri ini, di sini, Jumaat.

Katanya pusat itu bukan hanya disediakan untuk anggota Rela menjalankan program malah turut digunakan jabatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS).

Katanya sehingga kini, Rela mempunyai 2.9 juta anggota di seluruh negara.

"Kita akan tingkatkan lagi bilangan anggota melalui program seperti Rela Siswa dan Skuad Muda Rela bagi melahirkan lebih ramai anggota yang boleh berkhidmat secara sukarela kepada masyarakat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan