PRK Kajang: MCA Sudah Senarai Pendek Calon - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 31 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liow Tiong Lai.
Liow Tiong Lai.

KUALA LUMPUR: MCA telah menyenarai pendek calon untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan akan menyerahkan senarai itu kepada para pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan membuat pilihan muktamad, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Presiden MCA yang ditemui selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina parti pada Jumaat berkata, pertimbangan dalam memilih calon yang paling sesuai ialah seseorang yang boleh memenangi kerusi itu.

"Kami mahu seseorang yang akan memastikan kemenangan untuk Barisan Nasional," katanya.

Ditanya jika pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei antara nama-nama yang disenaraikan, beliau berkata: "Apa-apa pun berkemungkinan."

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh bagi membuka jalan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam PRK itu.

Tindakan tersebut didakwa sebagai percubaan untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menyelesaikan krisis dalaman di Selangor.

Liow berkata, krisis dalaman itu membuatkan MCA yakin untuk memenangi semula kerusi berkenaan.

"MCA mempunyai rekod yang baik di Kajang dan saya tidak nampak apa-apa sebab kita tidak boleh merampas kembali kerusi itu," katanya.

Liow juga mengkritik pembangkang kerana sengaja mengosongkan kerusi DUN itu dan menyifatkan langkah tersebut sebagai "kesilapan" dan mendakwa PKR tidak sensitif terhadap kos sara hidup yang meningkat.

"PKR perlu berusaha ke arah meningkatkan ekonomi dan tidak memaksa dengan mengadakan pilihan raya kecil untuk agenda peribadi mereka sendiri," katanya.

Beliau juga menggesa para pengundi Kajang untuk menggunakan pilihan raya bagi memberi pengajaran kepada PKR supaya tidak melakukan perkara seperti itu lagi.

"Kita tidak boleh membenarkan ianya berlaku. Rakyat perlu bangun dan menghantar mesej bahawa ini tidak boleh diulangi. Anwar telah melakukan sebelum ini di Permatang Pauh (pada 2009) dan kini beliau menggunakan kerusi DUN Kajang," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan