PRK Kajang: BN Mesti Tanding, MCA Perlu Diberi Peluang - Dr M

Diterbitkan: Jumaat, 31 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mesti bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana ia bukan amalan mereka untuk memberikan kemenangan yang mudah untuk pihak lawannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita telah bertanding dalam semua pilihan raya. Kita tidak akan memberikan kemenangan yang mudah untuk sesiapa sahaja," kata bekas Perdana Menteri itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan supaya BN tidak mengambil bahagian dalam PRK itu kerana ia sebagai satu pembaziran wang, apabila dilihat seperti "pilihan raya dipaksa" bagi membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi DUN dan berpeluang untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Majlis Tertinggi (MT) BN akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan sama ada ia perlu mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.

Dr Mahathir turut berkata, terpulang kepada kepimpinan BN untuk memutuskan sama ada MCA secara tradisinya perlu memberi laluan kepada calon Umno untuk bertanding kali ini atau tidak.

Bagaimanapun beliau berkata, MCA perlu diberi peluang untuk menang kerusi itu.

"Parti-parti perlu membuat kemunculan semula. Saya berharap rakyat faham MCA membuat kemunculan semula dan mereka perlu memberi peluang kepada parti itu," kata bekas Perdana Menteri.

Kerusi DUN Kajang di Selangor kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.

PKR mengumumkan bahawa Anwar akan menjadi calon dalam PRK Kajang, dan cakap-cakap mengatakan beliau perlu menang dan Ahli Parlimen Permatang pauh itu akan mengambil alih jawatan tertinggi negeri daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan