Najib Harap Rakyat Terus Usaha Kekal Keamanan

Diterbitkan: Jumaat, 31 Januari 2014 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib Tun Razak bersama Tiong Lai (kiri) hadir pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina parti MCA di Wisma MCA , Jumaat. Foto: BERNAMA
Najib Tun Razak bersama Tiong Lai (kiri) hadir pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina parti MCA di Wisma MCA , Jumaat. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap rakyat Malaysia akan terus berusaha untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan keamanan negara.

Beliau berkata perayaan seperti Tahun Baharu Cina yang disambut pada Jumaat juga diharap dapat mengingatkan rakyat betapa beruntungnya mereka berada di negara yang aman dan damai.

"Saya harap kita semua akan terus berusaha untuk mengekalkan keadaan ini sampai bila-bila," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini, Jumaat.

Beliau juga berharap Tahun Baharu Cina akan membuka lembaran baharu bagi rakyat Malaysia untuk terus melakukan transformasi kepada ekonomi negara.

"...ini semua mestilah berasaskan kepada hubungan yang baik antara semua kaum kerana keamanan dan keharmonian adalah tiang seri kepada kejayaan negara kita," katanya.

Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pemimpin tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN).

Tahun Baharu Cina merupakan perayaan terpenting masyarakat Cina bagi menyambut ketibaan tahun baru dalam kalendar Lunar.

Kali ini, mereka meraikan tahun Kuda yang dianggap sebagai simbol tenaga dan kesihatan kepada masyarakat Cina.

Sementara itu, ketika ditemui Hu Guang Yao, ketua koresponden Agensi Berita Xinhua, Najib berkata beliau amat yakin dengan hubungan Malaysia-China yang semakin kukuh.

"Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakan-rakan kami di China. Saya percaya tahun ini adalah tahun paling bertuah bagi hubungan China-Malaysia kerana ia memasuki ulang tahun yang ke-40," kata beliau.

Terdahulu, Najib dan Muhyiddin serta pimpinan parti komponen BN bersama-sama menggaul sayur mentah "yee sang", hidangan utama pada sambutan Tahun Baharu Cina yang dianggap sebagai juadah membawa tuah oleh masyarakat Cina.

Kemudian, Najib dan Muhyiddin serta isteri masing-masing menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina parti Gerakan di Menara PGRM, yang turut dihadiri oleh kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum.

Ketibaan Najib dan Rosmah yang berpakaian sedondon merah, disambut Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan beberapa pemimpin tertinggi parti itu dengan diiringi tarian Singa.

Turut hadir Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Dr Mahathir dan bekas presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor serta Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk Seri M.Kayveas juga menghadiri majlis itu.

Najib, Muhyiddin dan para pemimpin parti komponen BN kemudian bersama-sama menggaul juadah Yee Sang.

Sementara itu, orang ramai yang tiba seawal 8.30 pagi disajikan dengan pelbagai makanan termasuk ayam bakar dan 'Mi Bing', kuih bakul goreng dan Kuih Kapit selain limau Mandarin, yang menjadi keutamaan semasa sambutan Tahun Baharu Cina.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan